Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Mesyuarat krisis kemanusian di Libya dibincangkan hari ini - PBB

  • Published in Berita Dunia
Foto - AFP

UNITED NATION - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tertutup hari ini bagi membincangkan krisis kemanusiaan di Libya.

Diplomat Britain mengemukakan permintaan itu selepas laporan pegawai kemanusiaan PBB bahawa lebih 55,000 rakyat di Tripoli menjadi pelarian manakala 430 kematian dalam kalangan orang awam sejak konflik bermula lebih sebulan lalu di ibu negara tersebut.

Draf resolusi oleh Britain yang menuntut gencatan senjata masih tertangguh berikutan perselisihan pendapat anggota majlis berkenaan berhubung situasi di Libya.

((AFP))