Wednesday, May 27, 2020

updated 1:35 PM UTC, May 27, 2020

Kumpulan Pertama Pendatang Asing Guatemala Dihantar Pulang

  • Published in Berita Dunia

Guatemala City - Sekumpulan pendatang Guatemala telah dihantar pulang dari Amerika Syarikat semalam.

Kesemua mereka yang berjumlah seramai 131 orang tiba di Guatemala City dengan menaiki sebuah pesawat khas.

Mereka merupakan kumpulan pertama pendatang dari Amerika Tengah yang dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini.

Enam lagi penerbangan dijangka akan disediakan untuk baki pendatang dari Guatemala yang ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat sejak dua minggu lalu.  

Pengusiran pendatang tersebut adalah sebahagian rancangan Amerika Syarikat untuk menangani peningkatan pendatang dari negara Amerika Tengah seperti Guatemala, El Salvador dan Honduras.

Menurut data rasmi daripada kerajaan Guatemala, sebanyak 31 ribu 443 rakyatnya telah dihantar pulang dari Amerika Syarikat pada tahun 2015. 

Bilangan pengusiran ini meningkat dalam tempoh empat bulan.