Wednesday, May 22, 2019

updated 8:44 AM UTC, May 22, 2019

Presiden Sudan Omar al-Bashir letak jawatan

  • Published in Berita Dunia

KHARTOUM - Presiden Sudan, Omar al-Bashir yang diguling dalam rampasan kuasa pihak tentera minggu lalu telah dipindahkan ke Penjara Kober di Khartoum.

Demikian menurut seorang ahli keluarga Bashir yang tidak mahu identitinya didedahkan atas faktor keselamatan.

Menurut saksi, kawasan sekitar penjara dikawal ketat dengan kehadiran sejumlah besar anggota tentera, lengkap dengan kenderaan bersenjata berat.

Penjara itu yang dikelilingi tembok tinggi diperbuat daripada konkrit, boleh menempatkan hanya beberapa ratus banduan pada satu-satu masa.

Kebanyakannya disumbat dalam bilik kecil yang sempit.

((AFP))