Logo

Aktor Bangladesh diusir kerana sertai kempen Pilihan Raya India

NEW DELHI  - Kerajaan India mengusir bintang filem Bangladesh, Ferdous Ahmed kerana menyertai kempen pilihan raya di negeri Bengal Barat.

Pelakon berusia 45 tahun itu menyertai kempen Kongres Trinamool, parti yang memerintah negeri bersempadan dengan Bangladesh.

Tindakan diambil selepas pihak berkuasa menerima laporan Biro Imigresen mengenai pelanggaran visa oleh Ferdous.

Pelakon merangkap penerbit itu berada di India menggunakan visa perniagaan.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.