Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Ecuador kena 40 juta serangan siber sejak penahanan Assange

  • Published in Berita Dunia
Foto - AFP

QUITO Ecuador berdepan kira-kira 40 juta serangan siber dalam laman sesawang institusi awam sejak pengasas, Wikileaks, Julian Assange ditangkap.

Timbalan Menteri Maklumat dan Teknologi Komunikasi, Patricio Real berkata, serangan bermula Khamis lepas.

Serangan bukan sahaja dari dalam negara itu sendiri.

Ia turut dikesan dilancarkan dari Amerika Syarikat, ,Brazil, Belanda, Jerman, Romania, Perancis, Austria dan United Kingdom.

((AFP))