Wednesday, May 22, 2019

updated 8:44 AM UTC, May 22, 2019

Theresa May memuji pihak polis yang berjaya menahan pengasas WikiLeaks, Julian Assange

  • Published in Berita Dunia

Perdana Menteri Britain, Theresa May memuji pihak polis yang berjaya menahan pengasas WikiLeaks, Julian Assange,  selepas mendapat kerjasama kerajaan Ecuador yang menarik balik suaka ke atas beliau. 

Menurut May, Tiada sesiapa yang dapat mengatasi undang-undang di United Kingdom.

Assange berlindung di Kedutaan Ecuador di London sejak 2012,  apabila dikehendaki di Amerika Syarikat atas tuduhan konspirasi penggodaman sistem maklumat komputer di negara bekenaan.

Barisan peguam Assange berikrar akan berjuang menghalang pengasas WikiLeaks itu diekstradisi ke Amerika Syarikat.