Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Menteri Pertahanan Sudan angkat sumpah sebagai Ketua Majlis Transisi

  • Published in Berita Dunia

KHARTOUM - Krisis politik di Sudan.

Menteri Pertahanan Sudan Awad Mohamed Ahmed Ibn Auf mengangkat sumpah sebagai ketua majlis transisi di Sudan.

Manakala Kamal Abdul-Marouf Al-Mahi sebagai timbalannya.

Demikian menurut laporan stesen penyiar rasmi Sudan TV.

Terdahulu, Ibn Auf mengumumkan penyingkiran Presiden Sudan Omar al-Bashir dan kerajaannya.

Beliau turut mengisytiharkan perintah darurat selama tiga bulan dan perintah berkurung selama sebulan.

Majlis ketenteraan juga akan dibentuk untuk mentadbir negara dalam tempoh peralihan selama dua tahun.

Beliau turut mengantung sementara perlembagaan Republik Sudan dan menutup ruang udara serta laluan sempadan di seluruh negara selama 24 jam.