Logo

Nicolas Maduro umum satu perjanjian bagi bawa masuk bantuan kemanusiaan

 

CARACAS - Krisis Venezuela.

Presiden Nicolas Maduro mengumumkan, satu perjanjian telah dicapai dengan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), bagi membawa masuk bantuan kemanusiaan ke negara itu.

Dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen dan radio, Maduro berkata, kerajaan dan ICRC akan bekerjasama dengan agensi-agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk membawa masuk semua bantuan kemanusiaan yang boleh dibawa.

Venezuela sedang berdepan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas lain.

((AFP))

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.