Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 12:18 AM UTC, May 24, 2018

Kes Pertama Jangkitan Parasit Kepada Manusia Di Oregon

  • Published in Berita Dunia

OREGON - Kes pertama jangkitan parasit kepada manusia yang disebarkan oleh lalat, dilaporkan di Oregon.

Pada Ogos 2016, 14 ekor cacing kecil dikeluarkan daripada mata kiri seorang wanita berusia 26 tahun.

Para saintis melaporkan kes berkenaan pada Isnin.

Wanita berkenaan, Abby Beckley telah dikesan dijangkiti Thelazia gulosa, sejenis cacing mata yang dapat dilihat pada ternakan di Amerika Syarikat dan selatan Kanada namun tidak pada manusia.

Cacing ini disebarkan oleh sejenis lalat dikenali sebagai lalat muka.

Menurut saintis, lalat memakan air mata yang melincirkan bola mata.

Wanita terbabit dikatakan membela seekor kuda di Gold Beach, Oregon, sebuah kawasan ternakan lembu.

Selepas seminggu berdepan masalah iritasi di bahagian mata, dia menarik keluar seekor cacing dari matanya.

Selepas berjumpa doktor, dia mengeluarkan sendiri baki cacing tersebut beberapa minggu selepas itu.

 

((SUMBER:APTN))