Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 12:18 AM UTC, May 24, 2018

Bekas Presiden Guatemala, Alvaro Colom Ditahan Kes Skandal Rasuah

  • Published in Berita Dunia

 

GUATEMALA CITY - Pendakwa raya Guatemala menegaskan, mereka telah menahan bekas Presiden, Alvaro Colom dan hampir keseluruhan mantan kabinetnya.

Ini termasuk pengerusi Oxfam International berikutan kes skandal rasuah yang melibatkan perkhidmatan pembiayaan konsesi bas awam.

Colom, yang berkuasa dari tahun 2008 hingga 2012, merupakan pemimpin terbaharu yang menghadapi pertuduhan undang-undang atas kes salahlaku dan penyelewengan dana awam.

Pendakwa raya, Juan Francisco Sandoval berkata, Colom berjaya ditangkap ketika beliau sedang melakukan penyiasatan mengenai pembelian bas awam yang menjadi persoalan di Guatemala City.

Sandoval berkata, mereka menghadapi pertuduhan penipuan dan penyelewengan.

Turut ditahan ialah bekas Menteri Dalam Negeri dan bekas menteri kewangan, dan pertahanan.

Bekas menteri kewangan, Alberto Fuentes Knight, adalah pengerusi Oxfam International ketika ini.

Perbicaraan kes melibatkan perkhidmatan syarikat bas awam yang dikenali sebagai Transurbano.

Kerajaan melelong konsesi ini selama 25 tahun untuk laluan bas Guatemala City dan syarikat swasta yang mendapat kontrak dan dikecualikan daripada dikenakan sebarang cukai.

Pendakwa berkata, proses itu sangat kurang jelas.

((SUMBER:APTN))