Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 12:18 AM UTC, May 24, 2018

S.U Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis Gesa Negara Bersekutu Bertanggungjawab Terhadap Warga Negara Mereka Yang Terlibat Militan Daesh di Syria.

  • Published in Berita Dunia

BRUSSELS - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis menggesa negara bersekutu mengambil tanggungjawab terhadap warga negara mereka yang telah ditahan sebagai pejuang asing oleh Kumpulan Militan Daesh di Syria.

Tambah Mattis berkata, tidak melakukan apa-apa bukanlah satu pilihan walaupun sesetengah kerajaan telah menyatakan sedikit minat dan perhatian untuk berhadapan dengan kebangkitan semula militan itu.

Beliau bercakap selepas mesyuarat menteri pertahanan di Rom termasuk perbincangan mengenai aspek bagi pertahanan sesebuah negara bagi mengahadapi tekanan daripada Militan Daesh.

Pasukan Demokrasi Syria yang disokong Amerika Syarikat kini telah menahan ribuan tahanan militan itu termasuk ratusan pejuang asing dari banyak negara.

((AFP))