Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:45 AM UTC, Feb 24, 2018

Gunung Agung Kembali Meletus

  • Published in Berita Dunia

JAKARTA - Gunung Agung di Bali kembali meletus hari ini selepas beberapa minggu 'berehat'. Letusan terakhir berlaku pada 2 Jan lepas.

Menurut Badan Nasional Penanggulan Bencana, sebuah badan pengurusan bencana, letusan terbaharu itu berlaku 11.49 pagi tadi, mengeluarkan asap dan debu setinggi 1,500 meter.

Status keselamatan Gunung Agung masih di Tahap III (Siaga) selepas diturunkan dari Tahap IV (Awas) pada Sabtu lepas.

Sementara itu, agensi berita ANTARA melaporkan, pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan arahan supaya orang ramai tidak melakukan sebarang aktiviti di radius 4km dari kawah gunung itu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai di Bali bagaimanapun dilaporkan beroperasi seperti biasa.

((BERNAMA))