Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:45 AM UTC, Feb 24, 2018

Taufan Gita Landa Tonga

  • Published in Berita Dunia

13 FEB - Taufan Gita membadai ibu negara Nuku'alofa dan menyebabkan bekalan elektrik terputus serta merta.

Selain rumah penduduk, bangunan parlimen Tonga juga rosak dan terjejas akibat taufan yang melanda.

Setakat ini laporan awal tidak menyatakan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan direkodkan.

Berikutan bencana alam itu, New Zealand yang merupakan negara jiran pulau pasifik itu; bersedia menghulur bantuan kepada Tonga yang mempunyai 105 ribu isi rumah.

Tiupan angin Taufan Gita dikesan berkelajuan lebih 200 kilometer sejam ketika berlaku lewat malam tadi dikelaskan pada tahap kategori empat.

((SUMBER: AFP))