Sunday, February 25, 2018
vital-top
updated 3:08 PM UTC, Feb 24, 2018

Dua Kereta Api Penumpang Berlanggar Di Tengah Austria, Seorang Terbunuh, 22 Cedera

  • Published in Berita Dunia

NIKLASDORF - Dua kereta api penumpang berlanggar di tengah Austria, membunuh seorang dan mencederakan 22 yang lain.

Salah satu kereta api melanggar bahagian tepi sebuah lagi kereta api berdekatan stesen Niklasdorf - bandar yang terketak 60 kilometer ke utara Graz.

Futej dari tempat kejadian menunjukkan bahagian tepi kereta api EuroCity yang dalam perjalanan ke Jerman, terkopak dan kereta api rantau Austria berada bersebelahan.

Seorang wanita dalam kereta api EuroCity terbunuh dan yang cedera termasuk tiga kanak-kanak.

Senarai warga negara mangsa bagaimanapun belum diumumkan.

Setakat ini 17 orang dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan.

19 ambulans dan dua doktor kecemasan dihantar ke lokasi.

Punca nahas yang berlaku pukul 12:25 tengah hari itu juga, belum diketahui.

Kereta api EuroCity dalam perjalanan ke Saarbruecken, Jerman.

((SUMBER:AFP))