Sunday, February 25, 2018
vital-top
updated 3:08 PM UTC, Feb 24, 2018

Perkembangan Gempa Bumi Di Taiwan.

  • Published in Berita Dunia

TAIWAN - Perkembangan gempa bumi di Taiwan.

Operasi menyelamat yang berterusan semalam, berdepan kesukaran disebabkan gempa susulan dan keadaan bekerja, ketika anggota penyelamat mencari mangsa yang masih selamat di pusat operasi  bangunan Yun Men Tusi Ti.

Gempa bumi berkekuatan 6.5 pada skala Richter melanda wilayah Hualien, awal minggu ini.

Tiga lagi pelancong dari tanah besar China disahkan meninggal dunia tengah hari semalam, membawa jumlah yang terbunuh kepada 15 orang.

Mayat tersebut, dikenali sebagai seorang lelaki, wanita dan kanak-kanak, ditemui dibawah runtuhan bangunan 12 tingkat di Hualien.

Dua pelancong dari tanah besar dari keluarga sama, masih hilang.

Menurut ketua pasukan bomba Hualien, Lin Wen-jui, tugas mereka sukar disebabkan permukaan lokasi kejadian yang sangat kecil.

15 mangsa termasuk tujuh dari tanah besar China, lima dari Taiwan, seorang dari Filipina dan dua dari Kanada.

Lebih 270 orang juga cedera dalam kejadian yang mengoncang perairan berdekaran Hualien lewat malam Selasa.

Ia merupakan gempa bumi yang paling banyak membawa maut di wilayah itu dalam tempoh lima dekad.

((SUMBER: RTM))