Friday, April 19, 2019
vital-top
updated 4:47 AM UTC, Apr 19, 2019

Sebuah Helikopter Tentera Habsyah Terhempas Di Perkarangan Bangunan PBB Di Wilayah Abyei

  • Published in Berita Dunia

SUDAN - Sebuah helikopter tentera Habsyah terhempas di perkarangan bangunan PBB di wilayah Abyei yang terletak antara Sudan dengan Sudan Selatan.

Tiga kru terbunuh, manakala 10 penumpang cedera, tiga daripadanya kritikal.

Ketika kejadian, helikopter itu membawa 23penumpang dari Kadugli ke Abyei. Habsyah merupakan satu-satunya negara yang menyertai Pasukan Keselamatan Interim PBB bagi Abyei (UNISFA).

((AFP))