Thursday, June 20, 2019

updated 11:29 AM UTC, Jun 20, 2019

Thailand Jadi Lokasi Pilihan Penipuan Pusat Panggilan Rakyat Malaysia?

  • Published in Berita Dunia

BANGKOK-Penahanan enam rakyat Malaysia yang disyaki anggota sindiket penipuan, oleh pihak berkuasa Thai pada awal bulan dan beberapa kes baru-baru ini, menjadikan negara ini tumpuan kepada sindiket penipuan membabitkan warga Malaysia.

Oleh kerana lebih ramai rakyat Malaysia terlibat dalam penipuan pusat panggilan atau 'Macau Scam' yang kini merengkok di dalam penjara Thai, pihak berkuasa di kedua-dua negara telah mengusahakan lebih banyak kerjasama dan tindakan bersama dalam mengatasi masalah yang semakin berleluasa ini.

Penipuan pusat panggilan membabitkan rakyat Malaysia di Thailand perlu diberikan perhatian.

Sebelum ini, penipuan itu dilakukan oleh warga Afrika, China atau Taiwan di Malaysia, tetapi kini rakyat Malaysia datang ke Thailand untuk menipu orang di sini

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata demikian kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada Polis Diraja Thai (RTP) yang meminta bantuan Bukit Aman dalam memburu sisa-sisa sindiket penipuan berkaitan dengan penahanan enam suspek itu, yang menurut sumber, dipercayai bersembunyi di beberapa negeri di Malaysia.

Sumber itu juga menyatakan beberapa rakyat Malaysia yang ditahan di Thailand adalah sebahagian daripada sindiket pusat panggilan yang didalangi oleh mafia warga Taiwan berikutan bukti yang diperoleh daripada satu serbuan dilakukan oleh polis Thai Oktober tahun lepas yang mana mereka menyelamatkan tiga rakyat Malaysia yang dipukul dan dikurung oleh sindiket itu.

 

((SUMBER: BERNAMA))