Thursday, August 22, 2019
updated 12:32 PM UTC, Aug 22, 2019

Ancaman China Dan Rusia Terhadap Keselamatan Amerika Syarikat, Makin Meningkat.

  • Published in Berita Dunia

Amerika Syarikat berdepan ancaman yang semakin meningkat daripada China dan Rusia.

Ini dinyatakan Setiausaha Pertahanan Amerika, Jim Mattis.

Pernyataan beliau itu terkandung dalam dokumen Strategi Pertahanan Negara yang memperincikan visi Pentagon untuk masa depan.

Menurut Mattis, daya saing tentera Amerika telah merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini, meliputi semua cabang, baik angkatan darat, udara dan laut, mahupun keselamatan ruang udara dan ruang siber.

Sementara itu, Presiden Donald Trump memberi harapan bahawa penutupan operasi kerajaan boleh dielakkan.

Menurut Trump, pertemuannya dengan pemimpin Demokratik di Senat, Senator Chuck Schumer, amat memberangsangkan.

Pertemuan tertutup itu berlangsung di White House.

Senator Schumer pula berkata, masih banyak perkara belum diselesaikan antara parti Demoratik dengan parti Republikan, pimpinan Trump.

Perbincangan akan diteruskan. Jika tiada kesepakatan dicapai sehingga tengah malam Jumaat, Demokratik akan menyokong agar tempoh diberikan selama beberapa hari kepada Presiden untuk menyelesaikan isu utama yang berbangkit.


((SUMBER :AFP))