Thursday, April 18, 2019
vital-top
updated 11:04 AM UTC, Apr 18, 2019

Idrus Marham Dilantik Menteri Sosial Indonesia Yang Baharu

  • Published in Berita Dunia

JAKARTA - Presiden Indonesia Joko Widodo hari ini melakukan rombakan kecil kabinetnya dengan melantik bekas Setiausaha Agung Parti Golkar Idrus Marham sebagai Menteri Sosial yang baharu.

Idrus menggantikan Khofifah Indar Parawansa, yang akan bertanding jawatan gabenor Jawa Timur dalam Pilihan Raya Kepala Daerah (Pilkada) pada Jun 2018.

Bekas Panglima Tentera Nasional Indonesia Moeldoko dilantik sebagai Ketua Staf Presiden menggantikan bekas aktivis anti-rasuah, Teten Masduki.

Menurut agensi berita ANTARA, dalam majlis mengangkat sumpah jawatan di Istana Merdeka hari ini itu, bekas pengerusi Persatuan Sepak Bola Indonesia, Agum Gumelar turut dilantik sebagai anggota Dewan Penasihat Presiden.

((BERNAMA))