Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 8:32 AM UTC, Jun 25, 2018

Gempa Bumi Kuat 6.0 Skala Richter Landa Myanmar

  • Published in Berita Dunia

YANGON - Gempa bumi kuat berukuran 6.0 mengikut Skala Richter melanda kawasan terpencil di bahagian tengah Myanmar, awal pagi tadi.

Menurut Kajian Geologikal Amerika Syarikat, gempa berlaku kira-kira 40 kilometer ke barat bandar Pyu.

Ia kemudian disusuli tiga gegaran, kesemuanya berukuran 5.3 mengikut Skala Richter.

Pusat gempa adalah di tengah-tengah antara ibu negara, Naypyidaw di bahagian utara dengan hub komersial, Yangon di bahagian selatan.

Tiada laporan berhubung kemalangan jiwa, mahupun kerosakan harta benda.


((AFP))