Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

264 Migran Diselamatkan Di Pantai Calabria

  • Published in Berita Dunia

ROM - Seramai 264 migran diselamatkan daripada menjadi mangsa sindiket penyeludupan manusia.

Bot yang membawa mereka dikesan berhampiran pantai Calabria di bahagian barat daya Itali oleh pesawat milik agensi sempadan Kesatuan Eropah, Frontex.

Jurucakap agensi itu berkata, bot tersebut berkemungkinan datang dari Turki.

Selain pengawal pantai Itali, operasi menyelamat turut disertai sebuah kapal Britain.


((AFP))