Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

Libya Musnahkan Senjata Kimia Terakhir

  • Published in Berita Dunia

THE HAGUE - Libya telah melupuskan stok senjata kimia terakhirnya.

Pelupusan kira-kira 500 tan metrik produk kimia itu dijalankan di kemudahan milik syarikat negara Jerman, Geka di Munster.

Ketua Pengarah Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW), Ahmet Uzumcu menyifatkan ia peristiwa bersejarah.

Ia menandakan berakhirnya proses pelucutan senjata kimia Libya dan satu langkah ke hadapan bagi mencapai matlamat utama Konvensyen Senjata Kimia iaitu menghapuskan segala bentuk senjata kimia.


((AFP))