Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

Haiti Lancar Rayuan Derma Pulihkan Negara

  • Published in Berita Dunia

PORT-AU-PRINCE - Kerajaan Haiti dan rakan antarabangsanya melancarkan rayuan derma bagi mengumpul USD$ 252 juta untuk membantu negara itu menghadapi bencana alam pada tahun ini.

Meskipun negara di Kepulauan Carribean itu tidak dilanda bencana alam tahun lepas, namun ia masih lagi bergelut untuk pulih daripada kesan bencana sebelum ini.

Lebih 38,000 orang masih tinggal di khemah-khemah sementara selepas 8 tahun tragedi gempa bumi kuat melanda ibu negara, Port-au-Prince.

Gempa berkenaan meragut lebih 200,000 nyawa.

Manakala lebih sejuta orang masih memerlukan bantuan kemanusiaan, setahun selepas Taufan Matthew membadai bahagian selatan Haiti.


((AFP))