Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

Palestin Nafi Dakwaan Duta AS Ke Israel

  • Published in Berita Dunia

BAITULMAQDIS - Palestin menolak tuduhan duta Amerika Syarikat ke Israel yang meletakkan penduduk Palestin sebagai punca kegagalan usaha damai.

Kementerian Luar Palestin berkata, kenyataan David Friedman adalah "prejudis dan memilih bulu".

Friedman, seorang penyokong penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, tidak berpuas hati dengan pembayaran pampasan kepada keluarga Palestin yang dipenjarakan, termasuk mereka yang melakukan serangan menentang Israel, dan mereka yang terbunuh ketika melakukan serangan.

Kenyataan dikelurakan selepas laporan mengenai pembunuhan seorang pendatang Israel di Tebing Barat.

((AFP))