Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

AS Pertimbang Kemasukan Semula Perjanjian Iklim Paris 2015

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON - Amerika Syarikat boleh menimbangkan kemungkinan menyertai semula Perjanjian Iklim Paris 2015.

Ini disuarakan Presiden Donald Trump dalam sidang media di Washington.

Beliau turut mengakui tidak mempunyai masalah dengan perjanjian tersebut.

Namun ia dianggap menyeksakan' kerana dengan menyetrtainya, Amerika terpaksa menanggung beban kewangan dan ekonomi.

Jun tahun lepas Trump mengundang kemarahan dan kritikan dunia apabila memutuskan Amerika menarik diri daripada melaksanakan perjanjian bersama 195 buah negara dunia itu dengan menyifatkannya sebagai satu idea yang teruk'.

((AFP))