Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

AS Sedia Berunding Dengan Korea Utara Selesai Konflik Di Semenanjung Korea

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terbuka untuk mengadakan rundingan dengan Korea Utara "pada masa yang sesuai dan bawah keadaan yang betul".

Setiausaha Akhbar White House, Sarah Sanders dalam satu kenyataan berkata Trump menyatakannya dalam perbualan telefon dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-In.

Terdahulu, Moon memberi isyarat bersedia mengadakan rundingan dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un bagi mengurangkan ketegangan di Semenanjung Korea.

Ia susulan kejayaan perbincangan rasmi pertama selepas lebih dua tahun Selasa lalu.

Dalam perbincangan itu, Korea Utara antara lain bersetuju menghantar atletnya menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang, Korea Selatan bulan depan.

((AFP))