Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

Ketua Tentera Myanmar Mengaku Anggota Terlibat Pembunuhan Rohingya

  • Published in Berita Dunia

YANGON - Beberapa anggota pasukan keselamatan Myanmar disahkan terbabit dengan tragedi pembunuhan 10 orang penduduk Rohingya pada 2 September tahun lepas.

Pembunuhan di perkampungan Inn Din itu didedahkan oleh pejabat ketua tentera Myanmar dalam satu kenyataan di Facebook.

Tentera Myanmar juga buat kali pertama turut mengakui kewujudan kubur besar minoriti Islam di Rakhine.

Ini kali pertama pengakuan dibuat selepas krisis kemanusiaan dilaporkan berlaku di Myanmar hingga memaksa ratusan ribu penduduk Rohingya melarikan diri dari kampung halaman.

((AFP))