Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

Pemindahan Kedutaan Guatemala Ke Baitulmaqdis Langgar Undang-undang Antarabangsa - Peguam

  • Published in Berita Dunia

GUATEMALA CITY - Keputusan Guatemala memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis dicabar rakyatnya sendiri di Mahkamah Perlembagaan.

Marco Vinicio Mejia yang merupakan seorang peguam menegaskan, keputusan tersebut melanggar undang-undang antarabangsa berkaitan proses damai Palestin-Israel.

Perubahan dasar seumpama itu sewajarnya melalui proses pungutan suara, terlebih dahulu.

Malah, tindakan Presiden Jimmy Morales mengumumkannya di laman Facebook berbanding saluran rasmi, menjejaskan kewibawaan kerajaan.

((AFP))