Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Tindakan Trump Disifatkan Berat Sebelah

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON - Tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibukota negara haram Israel, disifatkan menghancurkan kewibawaan beliau sebagai orang tengah dalam rundingan damai Asia Barat.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menegaskan demikian menerusi televisyen.

Keputusan Amerika memenuhi tuntutan Israel terhadap Baitulmaqdis, ternyata satu tindakan berat sebelah.

Sementara itu, Turki menerusi Menteri Luarnya, Mevlut Cavusoglu mengecam pengumuman pentadbiran Amerika yang disifatkan tidak bertanggungjawab.

Ia melanggar undang-undang antarabangsa, serta tidak selari dengan resolusi PBB.

Arab Saudi menyuarakan kekesalannya terhadap keputusan Trump.

Keputusan itu disifatkan berat sebelah terhadap sejarah dan hak warga Palestin di Baitulmaqdis yang telah diiktiraf oleh resolusi antarabangsa yang relevan dan disokong oleh komuniti antarabangsa.

Riyadh berharap Washington akan menilai semula keputusan tersebut.

 

Sumber : AFP,AP