Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Presiden Rusia Umum Bertanding Dalam Pilihan Raya Presiden Tahun Depan

  • Published in Berita Dunia

RUSIA - Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan keputusan untuk bertanding dalam pilihan raya presiden tahun depan.

Para juruanalisis awal-awal lagi meramalkan Putin bakal menang mudah.

Beliau menyatakan hasratnya untuk bertanding semasa bermesyuarat dengan para pekerja pengeluar kereta di bandar Nizhny Novgorod .

Walaupun jumlah calon bertambah, namun peluang untuk menang berpihak kepada Putin.

Pilihan raya yang dijadual berlangsung pada 18 Mac 2018 itu, dilihat sebagai pungutan suara mengenai keyakinan rakyat kepada Putin.

 

Sumber : BERNAMA