Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Jabatan Negara AS Laksana Serta-Merta Pindah Kedutaan

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON - Jabatan Negara Amerika Syarikat akan melaksanakan serta-merta arahan Presiden Donald Trump agar persediaan dilakukan untuk memindahkan Kedutaan Amerika di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. 

Setiausaha Negara Amerika, Rex Tillerson berkata demikian dalam satu kenyataan, sejurus selepas pengumuman kontroversi Trump. 

Berikutan pengumuman Trump, Jabatan Negara turut mengambil langkah melindungi keselamatan rakyat Amerika di negara-negara Asia Barat.

 

Sumber : AFP