Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Obama Sifatkan Trump Seorang Yang Bukan Ideologikal

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menyifatkan bakal penggantinya, Donald Trump sebagai seorang yang pragmatik dan bukan ideologikal.

Pandangan itu disuarakan beliau dalam sidang media pertamanya selepas Trump memenangi pilihan raya Presiden di Washington. 

Obama juga percaya Trump boleh berkhidmat dengan baik jika beliau memilih anggota pentadbiran yang tepat dan mempunyai hala tuju yang jelas.