Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Tahun 2016 Tahun Paling Panas sejak Abad ke-19

  • Published in Berita Dunia

MOROCCO - Tahun 2016 merupakan tahun yang paling panas sejak bermulanya abad ke-19.

Kenyataan itu dikeluarkan Agensi Cuaca PBB-WMO di Morocco semalam.

Menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia, data awal hingga Oktober menunjukkan suhu global tahun ini adalah 1.2 darjah Celsius menghampiri paras pra-industri.

Mengikut perjanjian iklim global yang diguna pakai di Paris, had  kenaikan suhu perindustrian hanya 2 darjah Celsius.

Kepanasan suhu dunia masa kini dirangsang oleh cuaca El Nino terutama pada tahun 2015.

WMO juga melaporkan, cuaca dunia semakin panas sejak 17 tahun lalu akibat fenomena El Nino.

Menurut Penyelidikan Kanan Pusat iklim Antarabangsa di Oslo, Glen Peters, masih terlalu awal untuk menyatakan kepanasan dunia sudah sampai kekemuncaknya.

Kajian juga menunjukan pelepasan CO2 global daripada bahan api fosil dan industri hanya 0.2 peratus setahun.