Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Penyu Laut Ditemui Terdampar Di Pantai Selat Menai

  • Published in Berita Dunia

NORTH WALES - Penyu laut betina spesies Olive Ridley dan Kemps Ridley ditemui terdampar di pantai Selat Menai.

Habitat Penyu laut semula jadi itu amat jarang ditemui di perairan laut wilayah North Wales, Anglesey.
 
Pihak zoo Anglesey Sea segera merawat kedua-dua ekor penyu berkenaan sebaik saja ditemui.

Menurut Emma, doktor haiwan di Practice Veterinary Bodrwnsiwn, dia segera melakukan rawatan kecemasan keatas spesies malang itu.

Beliau menambah, kumpulannya berusaha keras menyelamatkan hidupan berkenaan yang sangat sejuk dengan keadaan cuaca dilaut wilayah North Wales.

Penyu laut tropika kebiasaannya tidak boleh hidup dan jarang ditemui di North Wales.

Spesies Olive Ridley dan Kemps Ridley kerap ditemui di perairan laut tropika yang lebih panas termasuk di luar pantai Mexico dan selatan Amerika Syarikat.

Mengikut Zoo Anglesey Sea, suhu laut Anglesey pada bulan November adalah sekitar 8 darjah celcius.