Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Serangan Bunuh Diri Sasar Puak Syiah Di Karbala

  • Published in Berita Dunia

KARBALA - Satu serangan bunuh diri mensasarkan puak Syiah di Karbala.

Serangan menyebabkan 6 orang awam terbunuh.
 
Serangan sengaja dilakukan militan Daesh dalam usaha mengalih serangan tentera kerajaan di utara Mosul.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Brigadier Jeneral Saad Maan, 6 pengebom bunuh diri memasuki Karbala namun 5 dari mereka berjaya dibunuh.

Penyerang keenam memasuki sebuah rumah di kawasan Ayn al-Tamer sebelum meletupkan dirinya.

Serangan itu berlaku ketika ratusan ribu puak Syiah yang setia kepada tentera kerajaan di Karbala mengadakan majlis ulangtahun abad ke 7 kematian Imam Hussein.

Bandar Ayn al-Tamer terletak kira-kira 90 kilometer ke selatan Baghdad.

Militan Daesh mengaku bertanggung jawab melakukan serangan berkenaan.