Saturday, April 4, 2020

updated 12:21 PM UTC, Apr 4, 2020

Kebakaran Besar Sebuah Hotel Di Dubai Menjelang Tahun Baharu 2016

  • Published in Berita Dunia

 

Dubai - Satu kebakaran besar berlaku berhampiran Menara Burj Khalifa. The Address Hotel yang terletak di pusat bandar Dubai, terbakar sebelum pertunjukan bunga api sempena Tahun Baharu 2016.

Saksi memberitahu, api marak menjulang ke langit menyelubungi hotel mewah tersebut. Ketika kejadian itu, beribu-ribu orang berkumpul menunggu untuk melihat pertunjukan bunga api sempena tahun baharu.

Pihak berkuasa Dubai menyatakan bahawa pasukan pertahanan awam dikerahkan untuk menangani kebakaran itu.

Hotel yang 63 tinggat tersebut terpaksa dikosongkan bagi menggawal kebakaran buruk itu.

Punca kebakaran masih belum dikeahui setakat ini.