Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

Laporan Khas

Kitchen Garden: Pahang sasar 10 ribu penduduk turut serta untuk peringkat pertama

KUALA LIPIS, 4 Mac - Pahang menyasarkan penyertaan 10,000 orang di negeri itu untuk peringkat pertama kempen "Kitchen Garden" tahun ini.

Exco Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Negeri, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abdul Razak berkata kempen adalah sebahagian usaha murni kerajaan negeri bersama Jabatan Pertanian Negeri bagi menggalakkan penduduk menanam dan menghasilkan sendiri bahan makanan untuk keperluan harian.

Selain itu dapat mendedahkan penduduk kepada kemahiran pertanian dan teknologi moden berdasarkan kreativiti serta inovasi di laman rumah mereka.

Beliau menyatakannya pada pelancaran kempen "Kitchen Garden" Peringkat Negeri Pahang di Kuala Lipis.

Antara tanaman yang digalakkan; sayuran berdaun antaranya sawi, bayam Brazil, cili, halia, lengkuas, pegaga, kunyit dan pandan.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Laporan Khas
  • Jumlah paparan: 1452