Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Terus jalani latihan, tidak hilang fokus walaupun negara berhadapan pandemik

  • Published in Laporan Khas

KUANTAN, 15 Nov - Pandemik COVID-19 tidak menghalang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) fokus mengawal keselamatan negara.

Latihan kesiapsiagaan diteruskan dengan rutin latihan untuk melengkapkan diri meghadapi sebarang kemungkinan.

Wartawan Athira Hasuah diberi peluang melihat latihan pasukan penerjun 10 Briged Para ATM, di Pangkalan Udara TUDM, Kuantan.

Pasukan elit ini kekal teguh menjalani latihan operasi udara khususnya Operasi Payung Terjun dengan Prosedur Operasi Standard, SOP yang ditetapkan.

Latihan penerjunan Eksesais Tiger Leap ini bertujuan menguji kemahiran anggota dalam melakukan terjunan dengan selamat.

Bagi Kapten Nor Atikah Takaluddin, satu-satunya srikandi dalam eksesais ini berkata, ia turut menilai elemen pengoperasian dan keupayaan mereka di lapangan kelak.

Anggota perubatan ATM, Leftenan Kolonel Dr Ahmad Farhan Ahmad Fuad pula berkata, latihan yang menggugurkan anggota di ketinggian seribu kaki dan 10,000 kaki bagi penerjun bebas itu, memantapkan lagi teknik dan taktikal angkatan tersebut.

Malah, latihan penerjunan yang diadakan secara tahunan ini turut mengasah kemahiran khas anggota seperti menyusup masuk ke kawasan musuh sama ada
melalui darat, udara dan perairan.

Latihan melibatkan 300 penerjun ini, menggunakan pesawat C130 H TUDM.

Laporan Athira Hasuah, Berita RTM.