Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

'Jom Diwali' raikan 50 penghuni Pusat Transit Gelandangan (PTG) sambut bersama rakan berbilang bangsa

  • Published in Laporan Khas

KUALA LUMPUR, 15 Nov - Lebih 50 penghuni di Pusat Transit Gelandangan (PTG) Kuala Lumpur berpeluang merasai kemeriahan sambutan Deepavali tahun ini.

Menerusi program 'Jom Diwali' anjuran Institut Onn Ja'afar (IOJ), penghuni berkenaan diraikan dalam suasana Norma Baharu.

Laporan SITI AISHAH CHE PI.

Seperti kelaziman bila tibanya hari perayaan, pusat transit gelandangan kuala lumpur ini akan dipenuhi ramai sukarelawan.

Namun kali ini penganjurannya cukup berbeza mengikut SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.

Biarpun penglibatan gelandangan dan juga sukarelawan terhad, namun kemeriahan sambutan pesta cahaya bersama penghuni di PTG tetap dirasai.

Rata-rata penghuni yang ditemui gembira menyambut Deepavali bersama rakan-rakan berbilang bangsa di pusat berkenaan.

Selain sarapan, penghuni turut diberikan manisan dan dibekalkan pelitup separuh muka serta cecair pembasmi kuman.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Mac lalu, IOJ telah mengagihkan lebih 8 ribu pek makanan kepada 850 penghuni di pusat tersebut.

Selain Pusat Transit Gelandangan , penyerahan makanan turut diberikan kepada penghuni di Anjung Singgah yang merupakan pusat khidmat sosial bagi menangani masalah gelandangan di negara ini.