Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Rapid Rail tambah tren empat gerabak demi keselesaan penumpang

  • Published in Laporan Khas


KUALA LUMPUR, 2 Julai- 
Rapid Rail akan menambah set tren empat gerabak Mac 2021 bagi meningkatkan kapasiti serta keselesaan penumpang.

Ketika ini, Monorel beroperasi dengan lima set tren empat gerabak dan lima set tren dua gerabak.

Wartawan RTM, Suhail Mohd Noor, menemui Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Abdul Hadi Amran untuk maklumat lanjut.

Menurut Abdul Hadi Amran, selain bertujuan meningkatkan kapasiti khususnya ketika waktu puncak pagi dan petang, tren monorel empat gerabak baharu ini juga mampu meningkatkan lagi keselesaan di samping mengekalkan kekerapan tren pada purata 5 minit berbanding 6.5 minit ketika ini.

"Buat masa ini, tren empat-gerabak kita ada lima unit di dalam perkhidmatan kita."

"Projek ini sebenarnya meliputi 12 set tren empat gerabakjadi buat masa ini kita beroperasi dengan lima tren dua gerabak lima tren empat gerabak ."

"Menurut kontrak baharu, sebanyak tujuh set lagi akan dihantar kepada kita bermula bulan Mac 2021 dan seterusnya sehingga Disember 2021."

"Setiap satu tren empat gerabak masuk kita akan keluarkan satu tren dua gerabak kerana sistem direka untuk tren 12 gerabak.

Tren empat gerabak yang baharu juga boleh memuatkan sehingga 430 penumpang, sekali ganda berbanding kapasiti tren dua gerabak iaitu hanya 213 penumpang.

"Sebelum ini, kita pernah bawa hampir 65,000 penumpang dalam sehari."

"Tidak mustahil, selepas ini kita boleh bawa lebih dari jumlah tersebut."

Beliau menjelaskannya kepada media selepas lawatan kerja Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ke Depoh Monorel dan Stesen Monorel Tun Sambanthan.

Datuk Seri Tajuddin juga berkesempatan meninjau perkembangan projek Riveria City, yang terletak bersebelahan dengan Stesen Monorel Tun Sambanthan dan merupakan salah satu daripada lapan projek Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD).

Dijadualkan akan beroperasi bermula Mac 2021 ini, dengan rangkaian sepanjang 8.6 kilometer dan mempunyai 11 stesen yang strategik di tengah kota berupaya meningkatkan lagi keselesaan anda, sambil menikmati keindahan panaroma Kuala Lumpur.