Sunday, 29 November 2020

updated 2:27 PM UTC, Nov 29, 2020

Cabaran Zoo peliharaan ketika PKPB, Kelangsungan haiwan dijaga, bantuan awam dialu-alukan

  • Published in Laporan Khas

SERI KEMBANGAN, 1 Jun - Meski diarah ditutup berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan, PKPB sejak lebih dua bulan lalu, namun kelangsungan haiwan di "petting zoo" popular negara, tetap dijaga.

Laporannya bersama Wartawan ASYRAF ZUHAIRIE

Zoo ini menawarkan lebih 100 spesis haiwan jinak dan eksotik yang boleh disentuh pengunjung, hanya terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari ibu negara.

Lokasinya yang strategik, menjadikan ia tumpuan riadah, kebanyakan warga kota.

Bagi pemilik zoo, meski akur arahan penutupan akibat COVID-19, namun haiwan peliharaan tetap dijaga rapi.

Selain pengurangan drastik jualan, pelbagai cabaran dalam operasi dihadapi
terutama bagi menjaga kitaran dan kesihatan haiwan di taman tema haiwan ini, yang pernah dikategorikan sebagai zoo peliharaan terbesar dalam "Malaysia Book of Records".

Platform digital turut digunakan sebaik mungkin untuk berkongsi keadaan semasa haiwan, selain mahu mencetus kesedaran masyarakat untuk turut membantu memberi sumbangan.

ASYRAF ZUHAIRIE untuk RTM.