Tuesday, July 7, 2020

updated 1:51 AM UTC, Jul 7, 2020

Pasukan Gerakan Udara jadi 'mata' polis elak pencerobohan

  • Published in Laporan Khas

SELANGOR, 22 Mei - Polis sedia dengan kemungkinan cubaan Pendatang Tanpa Izin (PATI) untuk masuk ke negara ini selepas Aidilfitri.

Beberapa titik panas yang dikenalpasti sebagai kawasan tumpuan PATI akan terus dipantau dari darat, laut dan tidak terkecuali dari UDARA.

Ikuti Laporan Siti Farah Nadia Fadzlon yang mengikuti operasi tinjauan udara bersama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Selangor di sepanjang pesisir pantai negeri itu

Menurut Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Selangor; Supritenden Rudy Abdullah, pihakya mengenalpasti beberapa lokasi yang menjadi tumpuan PATI untuk cuba lolos masuk.

Lorong Tikus di enam daerah pesisir Pantai Selangor iaitu Sabak Bernam, Sepang, Kuala langat, kuala Selangor, Klang utara dan klang Selatan dianggap kawasan panas memandangkan geografinya terdedah dan panjang.

Selain membendung masalah PATI, tindakan penguatkuasaan membolehkan pihak berkuasa memantau, mengekang serta mengelakkan penularan Covid-19.

Tinjauan udara secara beterusamn menjadi kaedah terbaik menangani perkara itu.

Bagi membendung masalah itu, kerjasama dengan agensi keselamatan dijalin bagi berkongsi maklumat dan risikan.

Kerjasama strategik sejak April lalu telah berjaya mematahkan beberapa siri cubaan PATI dan tekong untuk lolos ke negara ini.

Strategi menggunapakai khidmat Pasukan Gerakan Udara akan diteruskan berdasarkan kesesuaian perkhidmatan terbabit.

Peranan Pasukan itu 'mata di udara', yang mempunyai skop pandangan luas di sekitar persisir pantai sekaligus memudahkan pihak berkuasa melancarkan serbuan atau pintasan.