Wednesday, May 27, 2020

updated 3:08 AM UTC, May 27, 2020

Urusan di kaunter agensi kerajaan lancar, pelanggan patuhi SOP

  • Published in Laporan Khas

KUALA LUMPUR, 4 Mei - Orang ramai yang berurusan di kaunter agensi kerajaan patuh SOP ditetapkan.

Tinjauan mendapati, mereka memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakan sosial.

Ikuti laporan wartawan Syamira Suffri.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenakan beberapa syarat kepada pelanggan sebelum mereka dibenarkan berurusan.

Antaranya, MEWAJIBKAN mereka memakai topeng muka dan menjalani proses saringan suhu badan.

hanya pelanggan yang sihat dibenar berurusan antara pukul 8 pagi hingga 1 petang, Isnin hingga Jumaat.

Situasi sama turut dilihat di Jabatan Imigresen.