Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

Ramadan ketika PKP, elak pembaziran & masak di rumah

  • Published in Laporan Khas


KUALA LUMPUR, 4 Mei - 
Adakah tanpa bazar Ramadan selain dalam tempoh PKP, pembaziran dapat dikurangkan? Wartawan, Syuhada Hashim, telah membuat laporan khas berkenaan ini.

 Saban tahun apabila tiba Ramadan, seringkali orang ramai dinasihatkan agar berhemah ketika berbelanja dan elak pembaziran.

Namun, tanpa kita sedari semuanya boleh dilakukan dari rumah dengan memasak sendiri.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Maqasid Syariah JAKIM, Ustazah Taqwa Zabidi berkata keterbatasan pergerakan kala ini adalah peluang bagi keluarga untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama dengan aktiviti memasak.

Tanpa bazar Ramadan mahupun menu bufet di premis makanan, setiap isi rumah berusaha menyediakan pelbagai juadah sendiri.

Melihat situasi berkenaan sudah tentu pembaziran makanan dapat dikurangkan berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Pengarah Urusan KDEB Waste Management, Ramli Mohd Tahir, berdasarkan statistik jumlah sampah meningkat sebanyak 26.35 peratus pada minggu pertama Ramadan. 

Jumlah penghasilan sampah yang dijana ketika ketiadaan bazar Ramadan tahun ini menunjukkan pengurangan berbanding tahun lepas.

Dalam hal ini, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menjalankan Kempen Memasak di Rumah dan Kempen Elakkan Pembaziran agar orang ramai sedar akan hikmah kemanisan di sebalik ujian wabak yang melanda negara.

Memasak sendiri di rumah membolehkan kita menyediakan makanan dalam kadar yang tepat untuk ahli keluarga. 

Tiada pembaziran yang berlaku kerana sekiranya terdapat lebih, ianya boleh di jamah ketika waktu sahur pula.