Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

Pengangkutan Awam patuhi SOP ditetapkan

  • Published in Laporan Khas

KUALA LUMPUR, 4 Mei - Perkhidmatan pengangkutan awam kembali beroperasi sepenuhnya hari ini.

Syarikat pengendali telah melaksana langkah pencegahan COVID-19, namun bagaimana kesedaran pengguna untuk mengelak risiko jangkitan?

Ikuti laporan wartawan Andy Reza Rohadian yang menyertai tinjauan Menteri Pengangkutan di beberapa stesen MRT sekitar ibu negara.

300 ribu individu dijangka menggunakan perkhidmatan tren kendalian Prasarana pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Namun, setakat tengahari tadi, jumlahnya tidak sampai 100 ribu orang.

Hanya pengguna yang memakai penutup muka dan melepasi saringan kesihatan dibenar menggunakan pengangkutan awam.

LIMA prosedur operasi standard keselamatan ditetapkan untuk operasi perkhidmatan rel.

Pertama, memakai penutup muka dan menyediakan cecair pembasmi kuman.

Kedua, melakukan pembersihan tren dan kemudahan.

Syarikat pengendali juga perlu menyemak suhu badan pengguna dan memastikan penjarakan sosial.

Terakhir, menggalakkan pembelian tiket secara dalam talian.