Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

PKPB: Pengusaha pusat beli-belah, peniaga sambut baik kebenaran beroperasi

  • Published in Laporan Khas

KUALA LUMPUR, 4 Mei - Kebenaran beroperasi semula disambut baik pengusaha pusat beli-belah dan peniaga.

Mereka bersyukur dengan perkara itu dan berjanji untuk mematuhi segala aspek keselamatan bagi mengelak penularan Covid-19.

Wartawan Farhana Azwanee Ismail ada butirannya.

Pusat beli belah SOGO di ibu negara melaksanakan SOP ketat termasuk menjalankan proses sanitasi sebelum memulakan operasi.

Selain mengehadkan jumlah pintu masuk dan pelanggan, jumlah kaunter bayaran turut ditambah 50 peratus.

Pusat pakaian Jakel pula merekodkan butiran pelanggan dan menyediakan topeng muka.

Bagi peniaga kecil, kebenaran beroperasi semula sangat melegakan.