Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

PKP: Kejernihan Sungai Melaka dapat perhatian ramai

  • Published in Laporan Khas

 

MELAKA, 27 April - Tular di media sosial mengenai kejernihan Sungai Melaka.

Pelbagai dapatan serta teori dilontarkan netizen mengapa dan bagaimana sungai itu mampu kembali jernih persis Sungai Grand Canal di Venice, Itali.

Nur Farah Huda Sahiran, merungkai magis di sebalik kejernihan Sungai Melaka.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini yang pastinya tiada kunjungan orang ramai ke kawasan popular sekali gus mengurangkan kadar jejak karbon yang mampu menyebabkan pencemaran kepada sungai berkenaan.

Aset semula jadi di Melaka ini perlu dikekalkan keindahannya.

Ketua Pengarah Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Azlan Abidin, berkata kerja pembersihan dilakukan dua kali sehari oleh lapan petugas.

Sebelum ini, Ketua Menteri Melaka telah menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) meningkatkan kebersihan dan keindahan negeri ini.

Ketiadaan orang awam di kawasan tumpuan perlu dimanfaatkan PBT untuk mempelbagaikan kerja pembersihan.