Wednesday, 23 September 2020

updated 12:40 PM UTC, Sep 23, 2020

Kempen Penanaman Pokok Kebangsaan melebihi sasaran

  • Published in Laporan Khas

KUALA LUMPUR, 1 Mac - Malaysia berjaya melebihi sasaran Kempen Penanaman Pokok Kebangsaan sebanyak 21,560,120 pokok.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar berkata usaha itu telah digerakkan sejak 3 Mac 1997 yang menyasarkan penanaman 20 juta pokok menjelang tahun 2020.

Langkah tersebut memainkan peranan penting dalam menjadikan Malaysia Negara Taman Terindah.

Beliau berucap sempena Majlis Pelancaran Hari Landskap Negara 2020 di Taman Botani Perdana, ibu negara.

Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, Rotina Mohd Daik berkata pelaksanaan Program Rakan Taman dilihat efektif dalam meningkatkan kesedaran awam terhadap pembangunan industri landskap.

Sehingga kini sebanyak 150 rakan taman telah didaftarkan di seluruh malaysia.

Pada majlis ini Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memenangi Inisiatif Negara Taman Terindah dengan menerima geran RM1 juta.

Manakala Inisiatif Landskap Komuniti Negara Taman dimenangi oleh Persatuan Kebun Komuniti Tasik Teratai 8 Timur, Shah Alam yang membawa pulang geran bernilai RM20 ribu.

Sime Darby Berhad, SP Setia Berhad dan Gamuda Berhad turut diberi anugerah Inisiatif Negara Taman Terindah bagi kategori syarikat pemaju.