Wednesday, 23 September 2020

updated 12:40 PM UTC, Sep 23, 2020

Hidup dalam keterbatasan tidak halang untuk cari rezeki

  • Published in Laporan Khas

SERDANG, 27 Feb - "Apa sahaja hasil bumi yang Allah turunkan jika mampu diusahakan, pasti memberikan sumber rezeki".

Demikian yang boleh digambarkan kehidupan Nor Azni Mohammad Syed, 55 tahun yang menghidap penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE).

Meskipun hidup dalam keterbatasan, namun semangat juangnya telah mengatasi segalanya.

Beliau kini bertungkus-lumus mengusahakan produk sambal tempoyak daun kayu menjadi punca pendapatannya.

Dengan minat mendalam terhadap bidang perniagaan, beliau berniaga secara kecil-kecilan membuat biskut dan berniaga di bazar Ramadan sejak tahun 2011.

Antara produk makanan yang diusahakan beliau adalah sambal tempoyak daun kayu, sambal hitam lipis, rendang pucuk ubi dan rendang ayam maman.

Dengan bantuan FAMA, beliau kini menjual dan memasarkan produk makanannya di beberapa buah kawasan pasar tani.

Antaranya di Shah Alam, Bangi dan Petaling Jaya.

Begitu juga menempatkan produk di beberapa buah kedai makan di sekitar Sekinchan, Bangi dan Kuala Lumpur.

Perushaan beliau itu turut mendapat sokongan kuat suami, Rusli Ali, 57 tahun.

Menceritakan detik bagaimana keadaan kesihatanya sebelum ini, Azni berkata beliau diserang penyakit SLE selepas melahirkan anak pertama dan ketika itu bekerja sebagai Pembantu Tadbir di UPM.

Ternyata semangat yang ditonjolkan oleh wanita ini layak dikagumi kerana di sebalik kekurangan dari segi fizikal ia bukan penghalang utama untuk terus mengorak langkah dalam mengubah kehidupan.