Logo

DoctorOnCall: Platform terbaik untuk orang ramai dapatkan khidmat nasihat COVID-19

 

KUALA LUMPUR, 23 Feb - Platform digital DoctorOnCall bukan sahaja untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai COVID-19 malah juga boleh menyalurkan maklumat sahih apa sahaja berkaitan virus baharu yang membimbangkan komuniti seluruh dunia.

Justeru melalui kerjasama dengan Kementerian Kesihatan orang ramai kini boleh mengakses sebarang maklumat mengenai COVID-19 selain dapat berinteraksi secara langsung dengan pakar perubatan.

Program Virtual Health Advisory atau khidmat nasihat dalam talian ini turut menyalurkan maklumat berhubung artikel berkaitan COVID-19 dan statistik pesakit di Malaysia.

Program berkenaan yang dilancarkan pada 19 Februari lalu kini boleh diakses secara percuma dalam tempoh 3 bulan.

Dengan platform ini, orang awam boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Pakar Perubatan Keluarga atau pegawai perubatan kementerian secara terus hanya menerusi perbualan dalam talian.

Selaras dengan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, program khidmat nasihat dalam talian ini boleh membantu pelancong asing mendapat gambaran sebenar situasi penyebaran COVID-19 di Malaysia.

Dengan kemudahan ini baik pelancong mahupun rakyat tempatan tidak lagi perlu risau atau ragu-ragu dengan sebarang maklumat COVID-19 kerana semuanya kini dihujung jari untuk mendapatkan kepastian.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.